Nuffnang ads

Thursday, June 28, 2012

Depression


Hari ni genap 6 bulan aku bekerja di rotary mec M) sdn bhd. Dalam tempoh yang singkat, waktu singkat itu lah banyak yang aku belajar. Tentang sikap,tabiat,persahabatan,pekerjaan dan cara pengurusan dan macam-macam lg. ‘Plus sedikit information pasal Bomoh,buatan owg and perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Haha..info tiba-tiba

Siyes, aku tidak sangka owg sekarang pun masih lagi percaya dengan cara perubatan bomoh ni. Sakit and lenguh2x badan sikit ja dah jumpa bomoh padahal entah2x lenguh2x tu sebab salah lending time tido ja. Ataupun rasa xsedap badan,rasa hidup xhappy and murung, ambik cuti 1 minggu sebab nak berubat kampong. Menjadi pulak satu isu bila bomoh tu cakap terkena buatan orang..

Buatan orang???bunting???oh!!no!no! bukan yg tu ok..Buatan owg yang berkaitan dengan makluk2x halus ni. Bukan aku tak percaya perkara pasal makluk halus ni,percaya! Tapi biar lah berpada jangan terlalu taksub. Makluk halus a.k.a perkara ghaib la kan. Jangan sampai kita iktiar mintak pertolongan bomoh yang menyeru makluk ghaib lain yg kononnya jin baik berlawan dengan jin jahat..Tak ker kurafat tu. Kalau perubatan cara ustaz memang boleh dipercayai sebab menggunakan ayat2x Al-qur’an dan bergantung harap dengan kuasa ALLAH.

Apabila kita rasa tak sedap badan atau rasa murung,kawan buat lawak pun tak terasa nak ketawa,asyik nak marah jer even benda kecik je or rasa sedih yang berpanjangan,jangan pulak kita pikir kita ni terkena buatan orang. 1st Step cuba cari punca..pada pemikiran aku ada dua punca mungkin gejala period ataupun kita alami sindrom “depressions” atau bahasa melayunya sindrom “kemurungan”.

Sindrom kemurungan adalah penyakit “seluruh jasad” dimana ia melibatkan kesihatan badan,perasaan dan fikiran. That why we call penyakit seluruh jasad ok?...Dimana penyakit ini akan menjejaskan tabiat seseorang seperti tabiat makan,tidur, aktiviti harian dan juga proses berfikir seseorang manusia itu. Nak info seterusnya baca info ni,hasil carian dari google…
Talian Bantuan: Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila e-mail kepada: mhm@quantumcomp.com

KEMURUNGAN

kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.

Simtom Kemurungan :

  • Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
  • Perasaan bersalah dan tidak berguna
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan, baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif.

BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :

  1. Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
  2. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
  3. Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
  4. Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
  5. Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.
Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

So pada keluarga yang ahli keluarganya mempunyai tanda-tanda “depression” yang melampau bawak lah ke doctor ,jangan pulak bawak ke bomoh. Kecian kat budak tu taw. Bawak ke ustaz pun tidak menjadi masalah,sekurang-kurangnya ustaz tu boleh bacakan ayat pulih semangat pada dia. …

Bye……

Sumber: Majlis Kesihatan Mental Malaysia (MHM)

p/s: Blog pilihan hati  Korn el Jr

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...