Sunday, September 20, 2015

Expose Mistik: Nenek, Cari apa tu? - part 2

Okey..let's sambung citer nenek semalam!


Lepas Dikla cuit aku suruh diam tu, aku pun sambung main games Kat handphone. 
Nenek baring balik Kat tilam tu sambil tido mengiring ke tepi mean membelakangi aku.

Aku kusyuk main games sampai leka, serious tak taw pukul bape masa tu. Aku nampak nenek bangun ke bilik yang dia tido tu. Aku langsung tak amik port sebab malas nak bising..kan semua tido so tak nak lah ganggu dengan suara aku kan.

Lama jugak lah dia Kat dalam bilik tu. Lepastu dia keluar dengan bawak beg baju, pergi ke pintu utama, bukak kunci macam  nak keluar. Memang dia nak keluar pun, dia bukak pintu seluasnya. So cahaya lampu luar rumah pun masuk dalam, so terjaga lah semua yang tido berdekatan tv. Dikni tengking nenek "Nenek nak pergi mana nek? Masuk nek! Tutup pintu , semua owang tengah tido ni kan?" 

Nenek cakap "Aku nak balik, tu Muhamad dah datang tu!"

"Mana Ada Muhamad datang nek, sy kan yang bawak nenek datang sini, nanti saya hantar nenek balik lah! Masuk nenek!!"

"Tu, Muhamad dah panggil nenek tu?"

"Takde,takde! Nenek masuk, tido! Tutup pintu!!"

Aku Kat sudut sini, perhati ja conversation dikni dengan nenek. Aku dapat rasakan Ada something wrong ngan nenek ni.

(Malam tu aku tak tahu lagi nenek Ada pendamping?)

Pastu, nenek tutup pintu Dan jalan masuk ke bilik sambil membebel. Pintu bilik dia xtutup so owang Kat luar ni still dengar lah dia membebel. Maybe xtahan nak tadah telinga, Tini tengking lagi nenek "Bebel apa lagi tu nek, tido lah!!"

Aku dah macam tak puas hati dah dengan dikni, pahal KO nak biadap sangat dengan orang tua kan. Taw2 Dikla Kat sebelah aku bersuara, berbisik lah dengan aku...
" Eh dikni ni, berani sungguh!"

Aku pun Tanya lah Dikla, apahal dikni tu biadap sangat? Dikla pun bagitau aku, Ada setengah situasi bukan nenek tu yang bercakap. Bukan suara nenek.

Masa tu aku dah mengucap panjang dah. Berulang ulang Kali aku baca ayat kursi. Tak lama aku nafas lega sebab azan subuh. 

Lepas azan tu, aku bangun pergi dapur minum air, tengah minum tu aku rasa macam Ada orang perhati aku, aku toleh Kat pintu masuk dapur. Nenek tengah perhati aku. Aku dah pucat masa tu, takut baq ang. Bila masa pulak dia tercegat Kat situ kan. Nak cover punya pasai aku Tanya nenek nak air ke? Dia angguk. Pastu aku letak air satu gelas atas meja, suruh dia duduk Kat kerusi. Dia berdiri pun dah terbongkok bongkok, kesian tengok.

Dalam hati tak berhenti baca ayat kursi Wei...DOA janganlah pendamping tu berkenan Kat aku. Yerlah Baik sangat kan, comey cam sari yanti lak tu hahahaha
Okey guwau..guwau! 

Lepas bagi dia air aku pun balik dok Kat tempat tido. Tak lama pastu dia kuar Dari dapur mintak sejadah Kat aku. 

Aku suruh nenek pergi amik wuduk dulu, aku amik sejadah untuk dia. Aku masuk bilik amik sejadah hampaq arah kiblat.
Dia masuk bilik amik telekong dia dalam beg. Bila masa dia letak beg baju Kat dalam bilik solat tu pun aku tak taw. Mistik sangat nenek ni. Hahaha

Aku tak kuar ..duduk penjuru bilik sambil main tepon. Aku nampak lah dengan ekor Mata nenek bawu nak takbir Allah hu akhbar taw2 dia duduk senyap 2 minit cmtu pastu dia bukak telekong. Aku dah terkaku Kat situ sambil Mata perhati dia.

Aku Tanya nenek, dah sudah ke nek??
Pastu dia balas, nenek tak leh nak solat!
Tu jer dia cakap, dengan wajah sedih. aku tak Tanya Banyak bila dia cakap nenek lapar! 

Okey nenek pergi lah tido dulu, jab lagi sy buat roti telur Kat nenek yeh.
Dia dengar cakap aku Wei, dia amik beg baju dia buat alas kepala ,tido Kat tilam tempat semalam tu. Sampai lah ke pagi. Dah dia tido elok ja, aku tak buat lagi roti telur tu nanti sejuk tak sedap lak kan. Sampai dah siang sikit bawu aku buat roti telur untuk dia. Dia makan Banyak. Aku kasi dia makan ubat, titik ubat Kat Mata dia pastu taw-taw dia masuk bilik, tido.

Berkerut dahi aku bila aku Tanya Dikla mana nenek, Dikla cakap tido dalam bilik.
Pelik..owg tido dia berjaga..owang berjaga dia tido. Okey..think positive maybe kesan ubat dia makan tadi.

Pastu masa Kat dapur tengah buat roti telur untuk budak2 pulak, bawu diowg cerita Kat aku pasal nenek Dan pendamping. Aku rasa macam nak sekeh jer sekor2. Kalo aku taw, aku tak mau tido situ malam tu. Aku pun cerita Kat diowang pasal aku nampak bayang2 Kat tingkat bilik utama. Lepastu Anak buah no. 2 yg dah remaja tu cakap dia pun nampak masa malam tu. Dia nampak bayangan orang tubuh besar Mata merah. Rupanya Ank buah no.2 ni, tido dalam bilik sensorang. Aku tengok muka Si sha ni pucat. Aku Tanya napa ni muka pucat? Dia cakap tak larat, mcm nak demam. Pastu mama dia suruh makan ubat demam. 

Kami Kat dapur tu sambung sembang lagi pasal nenek. Masa tu dikni takde, Kat depan tengok TV dengan new husband dia. Yang Ada masa tu aku,Dikla, anak sulung dia Fara Dan Ank no dua sha. Dikla citer actually dah 3 hari nenek Kat rumah diowang. 2 mlm tu termasuk smlm Ank dia yang baby tu memang asyik menangis ja tengah-tengah malam.
Nenek suka bercakap sorang-sorang. Ada satu malam tu dia pergi berjalan ke arah belakang rumah. Si Fara ni mengendap Kat cermin bilik. Dia nampak nenek tu gamit tangan macam panggil seseorang arah hutan kelapa sawit. Pastu Fara tak berani dah Nak ngendap nenek.

Aku cakap Kat diowang maybe faktor USIA lanjut. Manusia bila dah tua mcm mcm pe'el. Ada yang bila  tua nyanyuk. Ada yang bila tua, diowang dengar mcm Ada orang berckp dengan diowg tp takde pun. Kita yg dengar ni fikir diowang ckp ngan saka. Rupanya sebab gegendang telinga diowang dah tak normal, jadi sensitif dengan bunyi. Ada yang perangai kebudak-budakkan.

Aku positive giler kan..padahal takut sebenarnya. Sebab tu kuar mcm2 teori. 
Wahahhaha

"Abih yang sha nampak,makteh nampak semalam tu , apa?" Aku terdiam...tiada jawapan untuk ITU.

Dikla cakap apa yang aku dengan nenek tu cakap, dia dengar. Dan nenek raba tempat tido kami Kat bahagian kaki tu pun dia rasa tapi dia takut nak bangun. Hahaha yang ni serious lawak...ada benda merayap Kat kaki KO, KO boleh tak bangun. Kalo betoi benda tu, dia hisap darah mcm mana?

Dikla cakap, benda benda tu memang cepat bau benda2 darah nih. Aku pulak period malam tu, no wonder dia main Kat kaki. 

Aku Tanya Dikla,dikni tahu tak? Napa tak suruh dikni hantar nenek balik. Aku tengok nenek memang nak balik sangat2. Dikla ckp bukan nenek yang nak balik sangat tu tapi pendamping dia yang nak balik. Pendamping dia takut sebab, Dikla and dikni Ada bincang nak bawak nenek pergi berubat Kat sorang ustazah tu. 

Okey..no wonder malam tu dia Bebel. Maksudnya malam tu dia tengah berinteraksi dengan benda tu.

Aku Tanya diowang confirm ke nenek Ada pendamping. Dikla cakap memang confirm sebab nenek yang mintak tolong dia, Cari Ustaz untuk buang benda Kat dia. Masa dia mintak tolong tu dia normal.

Aku dah rasa macam cerita hantu niang rapik dah masa tu T___T

Aku decide nak balik siang tu. Diowang tak kasi, nak aku tengok apa jadi pulak malam ni. Aku cakap aku memang tak boleh sebab masa tu aku memang dah tak cukup tido, esoknya nak keje. Aku kena balik jugak.

Actually, Ada conclusion untuk citer nih..
Sambung part 3 pulak nanti yeh..babai korang ^__^

To be continued....

Related entry;

1 comment:

  1. apa kesimpulannya? baik chery cite cpt. akak exsited bace citer ko ni chery oiii.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...