Nak sambung citer nenek sebelum blog bersawang sempena cuti raya. Lusa ja kan raya. Sebelum Kak Anne meroyan nak taw conclusion citer nenek nih, Baik aku sambung...hahaha
Peace Kak Anne, no war ^__^
Lepasni tobat lagi dah nak wat entry main part part nih.. Bukan apa worry tak terupdate...aku kan retis, so busy memanjang..ngeh..ngeh..ngeh
Lepas aku tahu citer sebenar nenek tu, lewat petang tu aku balik ke PJ. On the way balik tu doa halau setan memang tak berhenti aku baca. Telan air liur pun laju-laju ja.
Punya takut pendamping nenek tu ikut aku. Hahaha
Alhamdulillah tak de benda yang tidak dikehendaki ikut aku..aku balik smpai rumah sensorang ja. Bayang-bayang aku ja Ada. Opsss....hehe
Owh.. Before aku forget, plan asal aku patut balik awal, lepas lunch cmtu tapi tergendala planning aku tu sebab Anak Dikla Si sha tu jatuh dalam bilik air.
So..perihatin punya pasal aku bawak lah g emergency hospital banting. Doc check suspek Ebola tapi yang aku musykilnya doc tak tahan ward pulak. Ini pelik tapi benar benar terjadi.
Aku syak Si sha nih demam terkejut. Dan paling mengejutkan Si sha ni tunjuk peha dia lebam2 mcm Ada kesan gigitan.
Dan mungkin jugak dia demam sebab hilang darah. Mana pergi darah dia? Apa yang terjadi? Kesan gigitan apakah ITU?
Jawapannya 'benda' yang buat ja tahu ! hahaha ..sakit hati tak ngan jawapan tu?
(Tak lama nak kena sepak cheery ni!)
Laaa..sungguh kan? Okey lah, Allah yang maha mengetahui yang nyata Dan tersembunyi.
Aku dah Selamat balik PJ so aku dah tak amik port apa yang berlaku. 2 weeks lepas tu aku pergi rumah Dikla lagi sekali.
Alhamdulillah.. Semua anak2 Dikla sihat2 takde pulak yang hilang ke hapa kan tapi Ada citer yang menyakinkan bahawa nenek tu memang Ada pendamping. Kejadian ni berlaku pada hari selepas aku balik tu. Seorang budak perempuan, Anak jiran sebelah rumah Dikla kena histeria atau tepat skali kena rasuk. So, parent dia bawak lah pergi berubah secara traditional.
Menurut Ustaz yang rawat budak perempuan tu, dia diganggu oleh 'benda' yang Ada di rumah Dikla. Dan Ustaz tu suruh parent budak perempuan tu nasihatkan Dikla supaya hantar nenek tu balik kalo nak Anak diowang sembuh.
Diceritakan dikla jugak,esok nya waktu senja nenek tu buat hal lagi. Dia bungkus semua baju dia, jalan kaki pergi tunggu Kat station bus. Sebelum dia keluar dia Ada telefon adik aku mamat. Kitorang tak faham macam mana dia boleh dapat no adik aku sedangkan adik aku tak pernah kenal dia pun. Menurut adik aku dia dpt panggilan tu dia tak kenal siapa pun. Dia layankan aje...hahaha. Nenek Tanya dia bila nak datang amik nenek balik ni? Datang amik nenek malam ni, nenek nak balik! Lepas tu adik aku nih sengal pergi layan. "Yeh..yeh nek, jab lagi mat hantar nenek yeh!". Padahal dia tak taw pun sapa yang kol dia, sengal kan adik aku ni? Adik aku fikir orang salah no, so dia layan jer lah. Taw2 Dikla kol Tanya dia nenek Ada kol ke? Dari situ bawu dia kenal siapa nenek.
Disebabkan adik aku dah berjanji dengan nenek lah, dia kena hantar nenek malam tu jugak. Siap nenek tunggu Kat station bus lagi. Giler tak hantar!
Malam tu diowang redah jugak hantar nenek Kat Pahang. Dengan penat keje tak habis bagai terpaksa lah hantar, dah dia buat perangai smpai mcm tu. Yang hantar dia masa tu dikni,husband dia Dan Adik aku mamat. Tak pasal Adik aku terjebak sama. Hahahah
Menurut 3 orang yang terlibat hantar nenek, nak masuk ke kawasan rumah nenek sangat gelap Dan terpencil. Rumah nenek masuk ke pedalaman. Masa diowang smpai tu, tiba2 nenek rebah dekat depan rumah. Dikni cepat2 masuk rumah bukak lampu. Diowang cakap giler berat sangat nenek smpai 3 orang angkat pun tak Boleh nak gerak padahal nenek kurus ja Wei. Sangat tak masuk akak 3 orang dewasa tak dapat nak angkat nenek yang kurus Dan kecik tu. Husband dikni baca DOA untuk mudahkan urusan diowang. Lepas selesai semua diowang terus balik sebab diowang cakap xboleh nak duduk lama-lama rasa seram sangat rumah nenek. Masa diowang masuk kereta nak balik nampak Anak sedara nenek yang nama Muhamad tu. Muhamad duduk area rumah nenek jer, nampak diowang balik Muhamad pandang jer Dari jauh.
Masa diowang on the way balik ke Selangor, tiba2 dikni dapat panggilan Dari nenek. Nenek nangis Tanya dikni kenapa hantar dia balik. Dia dah tua tak larat dah, Napa tak nak jaga dia. Dikni ckp Kat nenek, nenek yang mintak dia hantar balik. Nenek nangis, dikni cakap sedih sangat tapi dia tak terdaya nak tolong nenek.
Kesimpulan Dari cerita nih, pendamping yang Ada pada nenek bukan belaan nenek tapi dihantar oleh saudara terdekat nenek. Menurut cerita, nenek Ada Banyak harta dan jugak Wang pampasan arwah husband dikni dulu also dapat dekat nenek. Si Muhamad ni takut nenek tukar nama dikni kepada pewaris harta2 nenek. Selepas arwah cucu iaitu husband dikni, nenek tak Ada pewaris lain. Jadi Si Muhamad guna Cara halus untuk control nenek. Orang tua Wei, dah lemah tenaga pun kurang. Nak lawan pun tak terdaya dah.
Kenapa nenek kol adik aku Dan mintak datang amik?...sebab dia fikir adik aku tu Anak sedara dia.. Nama nak sama, dua2 muhamad jugak.
So...ITU ja kesimpulan aku nak bagi. Kalo korang baca cerita aku ni Dari part 1, mesti korang dah boleh fikir kesimpulan yang lagi Bernas kan....
Kesimpulan aku, kesimpulan orang malas type..kihkihkih
Gelak macam nenek kebayan...k babai
P/s: patutlah nenek cakap dia tak boleh nak solat. Kesian nenek, umur macam ni tak dapat beribadah dengan sempurna. Moga Allah bagi balasan kepada orang yang menganiaya nenek...Amin.
Related entry;
kesiannya.. sampai macam tu skali buat kat nenek tu sampai guna cara kotor :'( hantu tu bongok jugak boleh salah call adik akak... hehehe
ReplyDeleteorg dengki ni mana2 je ade. tak senang tgk org lain. yg sibuk harta orang tu buat pe.. hadoiii.
ReplyDelete