Thursday, September 3, 2015

ikea oh ikea

Boleh kau, aku terbangun jam 4 pagi, lepas tu tak boleh nak tido balik. Dah tak boleh tido lepas tu boleh pulak pegi reply wassup customer yang Tanya pasal handbag stock. Sampai terjaga customer tu. Grrrrrrr...mesti customer tu geram jer ngan aku kan.

Maaflah Dik, hakak kalau tak boleh tido memang meroyan macam ni. (Lepas ni mesti dia serik wassup aku malam2 sbb aku akan reply pagi2 buta hahahaha)

Maafkan hakak, yeh Dik?
^___^

Actually, business handbag still berjalan lagi cuma aku tak hupdate Kat business blog sebab broadband dah kena potong hahahaha. Kena potong sebab rajin sangat tak online :p

Okey lah...dah kita terjaga dari tido disubuh yang hening nih apa kata kita up entry pasal IKEA itu hari. Kak Anne cakap sesuatu sangat! Bau nasi minyak!

Relex Kak relex..jangan bau dulu, buat lapar ja pagi2 buta nih ...kahkahkah

IKEA ni aku pegi hari masa berpicnic Kat kanching selayang tu. Lepas tukar baju semua terus kami gerak pegi IKEA. Kelaparan sangat! En Hati lah mengidam pulak meatball. Tu pun bergaduh dalam kete, sorang kata ikut jalan A, jln yang datang td, sowang cakap ikut jalan B. Lastly jalan B yang menang hahahaha..lagi pun rupanya jalan B paling dekat. Malu jer owang yang suggest jalan A tu kena baHan.


Nasib Baik owg yg suggest jln A tak kena bayar makan. Fuh Selamat duit aku. Hahahah gila taik hidung masin! Hah, ini menu wajib sesiapa yang datang IKEA. Datang tak makan mesti menyesal. Sebab meatballs ni terbaik Kat IKEA. Tapi aku paling suka chicken wing tu.
En Hati cakap, budak2 ja makan chicken wing. Cisss...burger satu!!!*jeling En Hati -..-

Banyak sangat En Hati amik meatballs tu, sampai tak habis. Membazir serah dekat owang lelaki -..-


Lepas tu jalan2 Kat dalam IKEA pulak. IKEA ni suka present mcm ni patut ramai yang suka datang!! Secara tak langsung buat pasangan couple teruja nak kawen Dan Ada rumah sendiri...ewahhh!!!! Hahaha

Dapat bergambar sensorang Dan menampakkan kekurusan...wahhh!! Rasa nak sujud syukur T_T

Dia punya decoration memang cantik Dan up to date. Memang sangat teruja. Kau taw, ni Kali pertama aku datang sini? What da h"""?? Hahah...3 tahun aku Kat Selangor bawu Kali ni nak kenal IKEA. Sabor jelah Mak jemah! Eh??...


Banyak barang IKEA yang kami pilih dari lampu,katil,perabut,pinggan mangkuk,cawan,sudu,meja makan, per lagi ek?? Dah pikir dah camner nak deco bilik nanti. Amboiiii???


Paling best sekali...kami memilih untuk bergambar!! Barang yang pilih tadi semua letak tepi, lain tahun lah beli ..kihkihkih

Aku memang suka conteng muka En Hati sebab aku rasa dia lagi hensem Dan hot begitu. Hahahaha

  
Mug kita berdua, bersama menggegar duniaaaa!!! ( Ternyanyi pulak!)


Ni carpet yang kami penat pilih..cantik tak?? Harga tak tengok pulak..hehe


Skali keluar pegi tempat bayar, Mak dato bandar, ramai nya owangggg!!! Ish..ish..ish!
Mengucap mak jemah


Ini jer pun barang yang kami rembat...hahahaha havoc je lebih kan?
*tangan kat bahu Mata Kat atas*


Lepas bayar semua tu, kami keluar pergi bangunan sebelah the curve. Shopping baju dan seluar segala mak nenek yang kecik kecik. Eh? Per aku cakap nih?

Mak aiih, dah gelap...seharian Kat IKEA.
Ikea ni mengundang betoi lah!

huhuhu

K korang...babai! Aku hutang lagi satu entry, cerita expose mistik kan? Sabaq noh, bagi sari yanti sujud syukur dulu.
^_^


5 comments:

  1. meat ball, salmon!!!! tetiba lapar perut tengok menu tu

    ReplyDelete
  2. hahaha hampeh chery. beria pilih jer rupanya.. mmg mengundang betul. mengundang maki.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  3. hahaha hampeh chery. beria pilih jer rupanya.. mmg mengundang betul. mengundang maki.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. selalu dengar tp x pernah sekali pon pergi

    ReplyDelete
  5. Salam, huwaaaaaaa aku mengidam betul lah nk g IKEA ni, cuci mata dgn furniture mmg best, betul lah cam ko ckp tu, couple2 pun terus teruja nak kawen and ade rumah snediri...hahahah...btw, carpet yg ko pilih tu jd bdrop bergambar tu mmg cantik~ hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...