Nuffnang ads

Saturday, September 19, 2015

Expose Mistik: Nenek, Cari apa tu? - Part 1

Assalammualaikum....

Okey, Jom citer pasal expose mistik.
Malas dah Nak hutang2 entry ni..kang kurun bila pulak Nak up entry kan. Aku baru pasan Hikayat Si gadis labuci tu dah makan tahun kan...in progress dah setengah tahun dah rasanya hahahaha

Okey...tutup TV tutup pintu Dan tingkap, tarik selimut sampai paras Dada, tangan kanan peluk bantal,susun bantal Kiri kanan,atas bawah...giler buruk perangai tido 6 biji bantal dia sorang kan. Hahaha

Lampu jangan lah tutup kang bergelap Cmner nak baca kan citer ni kan..aduyai!!

Citer kisah seorang nenek yang berasal Dari Pahang yang datang ke kl untuk operate Mata. Eh..tak bukan operate sangat pun yang buat LASIK tu..dekat hospital swasta. 

Nenek ni sebenarnya manusia normal macam kita jugak...tapi dia Ada pendamping. Saka atau hantu raya tak pasti pulak...hihi

Kisah ini bermula pada malam sabtu..dimana aku pergi ke rumah adik sepupu untuk ziarah jer..tapi petang tu spupu aku dipanggil Dikla mintak aku tido rumah dia. Saja jer dia cakap kasi meriah sikit umah tu sebab adik dia pun datang rumah dia jugak..adik dia tu sebaya aku, aku panggil dikni, kwn Baik masa kecik2 tapi bila mai besaq xbaik pulak..pasai pa pun tak taw lah
 (hamik..kuar bahasa Kedah aku )

Actually, nenek ni nenek mentua dikni ni. Nenek kepada bekas suami dia. Suami dia dah meninggal tahun lepas sebab kanser
Lepas husband dia meninggal..dikni ni lah diamanahkan untuk tengok2 kan nenek oleh arwah husband dia. Arwah tak Ada adik beradik lain only nenek jer yg jaga sejak kecik. Tapi nenek ni ada lah Anak sedara yang lain. Tapi Anak sedara yang lain tak amik tahu.

Siang hari sabtu tu nenek tu adalah Kat rumah dikla. Dikni belum hantar balik lagi sebab minggu depan katanya. Mean seminggu gak nak kena duduk situ. Dikni mintak Dikla tengok2 kan buat makan semua kan. Yelah orang tua Mata tak bape nak nampak sangat so, tak sampai hati lah kan nak terus bawak balik kampung sensorang Kat rumah kan.

Seram bermula pada malam sabtu tu, semua pakat tido ruang tamu, berlonggok longgok Kat situ kecuali nenek tido bilik. Dikni dan anak sedara remaja tido mengadap TV. Aku, dikla Dan Anak sedara yg kecik2 tido mengadap bilik. Aku tido paling tepi. Maksudnya tepi kanan aku takde sapa sapa..just Ada bantal dan tilam kosong. Kiri aku dikla. Aku ni kalo tido memang jenis bantal keliling badan. Kiri kanan,alas kepala,alas kaki. Tido macam raja kingkong hahaha

Malam tu aku dah terlelap awal kul 9 macam tu. Aku sure yang lain tak tido lagi. Biasa lah ramai mcm tu lepak sembang2 dulu kan. Pastu pukul 12 macam tu Dikla kejut aku soh simpan tempat tido. Aku bangun ngan mamai2 masuk bilik utama nak amik toto Dan bantal. Kalo dah tamak bantal amik sampai 3,4 biji memang menggunung sampai paras kepala LA nak angkat tu. Masa aku pusing badan nak kuar bilik tu, aku nampak Ada bayangan Kat luar tingkat. Kurang jelas sebab aku tak pakai cermin Mata. Jantung aku berdegup laju tapi aku tak amik port sangat. Aku fikir maybe bukan apa apa pun. 

Dah simpan tempat tido semua, niat nak tido lah. Yang lain pun dah simpan tempat tido Dan baring2 dah tnggu mak2 tutup lampu jerit "tido!!!". Hehehe


Lepas Dikla tutup lampu Dan suruh semua tido, aku tak boleh lelap. Eh..dah kenapa kan, yang tadi KO letih sangat!

Aku paksa jugak Mata untuk tido sambil tutup Mata dengan lengan tu..aku Kira Anak kambing hahaha tektik mak2 nak bagi ank lelap tido. Tapi tak berkesan pon...coiihhh!! 

Masa dok tengah Kira Anak kambing tu, Anak sedara yang baby tu menangis tak hingat..tiba-tiba ja ni nangis. Aku sambil tutup Mata tu rasa lah Dikla bangun pujuk2 dia. Aku Tanya Dikla, kenapa? Dikla cakap " tak taw lah 2,3 malam dah macam ni! Tiba2 nangis tanpa sebab"

Aku malaih nak cakap apa, biar ja Dikla pujuk Anak dia. Taw2 senyap..skali ngan Dikla senyap. Dah okey LA kot kan. 

Dalam dok mengelamun tu tiba2 aku rasa something Kat bahagian bawah kaki. Macam Ada orang meraba-raba. Bukan meraba aku, meraba Toto dekat bahagian kaki aku. Serta merta bulu Roma meremang especially bahagian leher. Makin lama makin dekat dengan kaki aku..masa tu aku dah gerak2 IBU JARI kaki dah. Masa tu aku period, memang dah fikir bukan2 dah. Aku xleh nak sabar, aku alih lengan bukak Mata tengok kaki. Menjerit aku depan Mata aku nampak nenek tengah merangkak Kat kaki aku. Aku bukan jerit arghhh....mcm tu , aku jerit panggil "nenek!"
Masa tu aku nampak nenek dok meraba-raba lagi. Aku Tanya "nenek Cari apa, nenek?" Dia macam tak tahu arah taw..dia tak taw apa yang dia Cari. Dia xjawab pun soalan aku, tapi sambil raba tu muka dia menunduk. Aku terus bangun duduk sila. Aku Tanya lagi "nenek cari apa, nek? Cari bantal yah?"

Bila aku Tanya mcm tu bawu dia panggung kepala. Pastu aku amik bantal yang alas kaki tadi, aku letak atas tilam sebelah kanan aku. "Ni bantal nenek, nenek tido sini!" Aku tunjuk tempat tido sambil tgn Kiri pegang lengan dia konon nak pimpin dia dtg tido atas tilam sebelah aku. Pastu dia rentap tangan aku Wei...dia marah aku ke hapa nih? Sambil dia pergi tido Kat tilam tu sambil dia membebel. Membebel apa aku xpaham langsung. Aku biar ja. Lepastu aku memang tak leh nak tido so aku duduk ja. Main tepon Sambil sandar dinding. Masa tu aku nengok jam hampir 4 pagi

Aku dok kusyuk tengok phone taw2 dia bangun Sambil membebel. Dia mcm bercakap dengan seseorang , meremang aku. (Now citer Kat korang pun meremang nih) Time tu gelap so aku xnampak benda lain selain dia Kat situ. Dia bangun duduk membebel.. Macam marah seseorang. Aku kan duduk dekat ngan dia, so Ada  butir butir dia cakap tu aku dpt tangkap.

"KO jangan lah marah aku, aku xmau pun p situ, depa yang nak bawak,aku tak p lah!"

" tunggu aku mati ja, nanti KO dapat semua!"

Itu lah yang aku dapat tangkap..aku tak sedap duduk nak biar dia ckp sensorang. pastu aku panggil "nenek? Nenek cakap ngan sapa? Tido lah nek, nek tak mengantuk ka?"

Pastu dia reply aku, tapi tak pandang muka aku pun. "Nenek nak balik, mana Tini ni, bila nak hantar nenek balik?"

"Tini tido nek, nanti Tini hantar nenek balik lah, nenek dah sihat sikit nanti Tini hantar yeh nek! Nenek tido dulu, awal lagi ni"

" Aku sihat, sapa kata aku sakit? Tini pergi mana? Napa tak hantar aku balik?"

Suara dia mcm marah , kata ganti diri pun dah 'aku' , aku mcm dah pelik ngan nenek ni. Aku nak jawab tapi xsempat nak jawab Dikla cuit peha aku soh diam.

Aku pun dengan perasaan keliru dan xleh nak tido tu pun diam ...sambung main games Kat phone.


To be continued


Nanti sambung yah..letih lah type, mcm panjang plak citer nenek ni huhu

^___^

Related entry;

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...