Ewahh...tajuk entry dah macam karangan budak darjah tiga dah.
Macam mana raya aidil Adha korang?
Meriah ke? Ke meriah dengan BP yang mencanak naik?? Hahaha
Dah jadi musim dah..lepas raya haji ja mesti Klinik Dan hospital penuh dengan pesakit darah tinggi kan,masing2 tunggu Q nak check doctor ...kehkehkeh..yang sakit takde kena mengena dengan daging Baik xyah g Klinik dulu.. Hahaha
opss..ter kuongajaq plak -..- hehe
BBQ ayam Dan daging. Sedap ooooo....!!!!
Raya aidil Adha pada family aku tak meriah mana pun. Satu family dalam kesedihan. 1 week sebelum raya kehilangan Mak sedara sebelah ayah. Hari raya aidil Adha pulak kehilangan bapa sedara sebelah ayah jugak.
Actually, empat kehilangan sedara sebelah ayah tahun ni. 2 bulan lepas bapa sedara dan sepupu ayah meninggal. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.
T___T
Aku sendiri pun plan asal tak nak balik raya haji tahun nih, kononnya nak save budget. Almaklumlah aku kan baru aje keje, so Banyak benda lah nak kena settle kan dulu yeh. Tapi sehari sebelum raya tu parent aku call suruh balik jugak. Pahal nak Raya sensorang? , tanya mereka kepada anakanda tercinta. Anakanda pulak terkebil kebil nak jawab dan tak sampai Hati jugak, so balik jer lah...heheh
Aku tolak balik kampung Kat Kedah nun sana, pagi raya jam 4.30 am macamtu. Sampai Kedah dalam pukul 9 mcm tu.
Sampai ja rumah masing2 dah terbongkang macam ular sawa kenyang...
hoii, makan tak tunggu aku!!!
Apa lagi , dapur lah aku tuju dulu. Bukak periuk nasi, makan nasi dengan Kari daging. Aku makan lemang pagi2 tak lalu. Sikit pun aku tak pandang lemang yang menari makyong di atas meja makan.
Giler..cekal jiwa raga aku... hahaha
Aku paling lambat balik, so gambar raya memang takde lah..dah lah Baju raya aku pun entah pape. '10 C On (read tension) makkk!!
#Mata Kat atas#
Tengok jelah gambar aku mengedik dengan Anak sedara yang turut sama mengedik.
Anak buah yang Baju kuning atas tu tunjuk Anak ikan dia Bela. 3 ekor semuanya. Bercerita pasal ikan macam karangan 360 patah perkataan tak kurang tak lebih. Macam lah makteh paham sangat jiwa perternak ikan nih. Habih kuat makteh angguk dah respond 'OOoooooooo!!'
Panjang sikit 'o' tu, cukup kan 360 patah kata ..hihi :-p
Owh yah..masa tengok ikan nih lah dapat berita pasal bapa sedara meninggal. Masa tu tengahari dalam jam 1 lebih2 macam tu. Tewus kitorang rushing balik kampung ayah. Tak jauh pun dengan rumah, dalam 15 minit jer tapi driff tak menahan huhu
Ini hasil korban raya kedua dekat masjid kampung aku. Selain daging,lidah,telor Dan kaki lembu, ayah aku dapat kepala lembu jugak. Rezeki aidil Adha. Tapi Banyak yang sedekah Kat orang lain . kami sekeluarga tak nak makan sebab kakak sulung Dan Mak tak boleh makan, masing2 Ada sakit buah pinggang Dan darah tinggi.
Petang raya kedua tu, buat laksa dan agar2 santan nih. Sedap Wa cakap lu. Macam biasa, gambar laksa tak snap sebab Banyak fikir nak makan dari fikir blog kahkahkah.
Motif??? Tak Ada motif..wekkk :-p
Ini pulak kisah raya ketiga.. Pagi tu siap lawa2 g shopping ! ahahahaha...dalam dok sedih Ada Hati lagi nak shopping. Dah lah shopping barang entah hape2. Akak Tanya, apa motif beli berus sabut? Ntah, aku sendiri pun tak tahu. Time pilih Pasu untuk pokok cili, aku nampak berus sabut tu lawa ja tersusun Kat rak, warna warni pulak tu,ada jalur color merah,coklat lembut Dan color coklat gelap. Bukan kah lawa itu?
Kat KL mana Ada lagi kan?
Aku bagi Mak aku, hadiah hari IBU.
Hahaha...tak snap plak gambar sabut tu.
Balik dari shopping, kereta penuh depan rumah. Eh..Ada datang masuk minang I ke? Ecewah..pasan boleh? Owh..kenduri jiran terdekat, selang 2 biji rumah. Siap2 pakai Baju yang sesuai pergi kenduri rumah jiran.
Jumpa Kawan sejak zaman hingusan... Amik gambar sekilo dua. Okey siap! Tampal Kat blog satu ja. Tak leh banyak2 nanti berat.hihi
Malam tu bubuh inai...Tak dak arah, saja nak buat havoc. Pastu ofismate tegur, eh u balik kampung bertunang ke? Ke kahwin?
Apalah sedih sangat.
inai kawen gupo nih???
Okey, dah lah.ngantok dah.gud nite laling laling semua Zzzzzzzz 🙇
Perfectly you,
Ct cheery
raya akak dipenuhi dgn baring depan tv takpun tido. ptg2 gi pusing2 kmpung. itu je. bosan.
ReplyDeletekira mcm raya sakan jg tu ..makanan pun meriah tu sis.. hihi...
ReplyDeleteKami pun raya sederhana sahaja..maklum en hubby tak balik...huhu
Meriah jer raya orang bujang.. sis bz raya haitu.. bz kehulu kehilir umah sendirik ngan umah mertua. penat atas jalan jer. Hari pertama sis ade wat akikah utk bb Amzar. layan daging tuh lah hari raya pertama.
ReplyDeletemakan ayam kat sini sambil upload lagu Jatuh Dari langit... hikhikhikhik... permintaan anda ditunaikan...yeahhhh... rock oooo...
ReplyDeleteAwal2 lg nk nmpk gmbr makanan. Ok lapar. Haha
ReplyDelete