“ Mak, Shark ingat Shark kuat.
Rupa-rupanya Shark tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Shark tak nak
pun nangis macam ni, mak. Tapi air mata Shark ni, tak nak berhenti. Shark tiada
siapa-siapa di dunia ni, Shark ingat dia akan jadi pelindung Shark, tempat
Shark bergantung tapi Shark silap, takdir Shark tetap sama, yatim piatu dan
sebatang kara. Shark nak Mak!! Mak datang lah! Mak peluk lah
Shark. Shark rasa tak bermaya, Mak! Tolong Shark, Mak! Shark tak nak hidup
sorang-sorang lagi, Shark takut!” Shark teresak-esak sendiri ketika sedang
mengemas pakaian dari dalam almari. Dia perlu keluar dari rumah Tuan Amar malam
ni. Shark membiarkan ketukan bertalu-talu di pintu, tanpa tergerak untuk
membukanya.
“ Irah, buka pintu ni sayang! Papa
ni! Napa ni,
Mak Jah cakap Irah nangis, balik tadi? Amar buli Irah yah? Nanti papa karate
dia. Buka lah sayang, menantu papa!” Shark tersenyum hambar. Hatinya tetap
sayu. Walaupun dia menantu express papa, tapi layanan papa tetap top five,
sedikit pun tak pernah kurang. Cuma, dia tak sangka saat-saat dia merasa kasih
sayang papa, perasaannya diuji sebegini rupa. Sehinggakan dia merasakan
perpisahan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
“ Papa, Shark akan ingat papa
sampai mati.” Shark berbisik. Selesai berkemas, Shark bangun dari katil. Semua
pemberian Tuan Amar, kunci kereta dan telefon bimbit dia tinggalkan. Shark Cuma
mengambil satu barang milik Tuan Amar iaitu tali leher yang belum dibasuh
sebagai medium untuk lepaskan rindu. Tak salahkan, dia mencintai Tuan Amar
dalam diam. Meskipun menyakitkan tapi Shark yakin cinta untuk Tuan Amar tetap
ada.
Sebaik sahaja Shark membuka pintu,
wajah Amar tersembul. Mana hilangnya papa? Tadi dia yang beria ketuk pintu.
“ Kau nak pergi mana?” Amar
bertanya serius.
“ Saya nak keluar, saya tak layak
tinggal sini.” Shark menahan air matanya yang bertakung dari tumpah ke pipi.
“ Kau jangan nak mengada-ngada, aku
tak izinkan kau keluar dari rumah ni.”
“ I’m not you driver, anymore. No
need to care me so much.”
“I’don’t care about my driver, I'm care about my wife.”
“ Kita nak cerai! So, tak payah nak
belagak gentlemen sangat lah!”
“ Siapa cakap aku nak cerai? Like
it or not, you will be my wife forever, and ever. Masuk!! We need to talk.”
Amar menarik tangan Shark masuk dan mengunci pintu bilik dari dalam.
“ Nak cakap apa lagi? Tolong lah
Tuan, saya dah tak larat dengan semua ni! Tolong lah!” Akhirnya tumpah juga air
mata yang ditahan Shark tadi. Dia tidak cukup kuat lagi melawan perasaan yang
membelenggu jiwanya kini. Dia kalah dengan sifat cool Tuan Amar.
“ Kau letih, yah? Aku mintak maaf
kalau buat kau terseksa. Aku tak ada niat buruk atas kau. Kontrak tu tak wujud,
aku tipu aje.” Nah! Terbongkar semua tentang kepalsuan yang dia cipta untuk
dapatkan Shark. Amar tak sanggup hilang isteri yang dicintainya sepenuh hati. Biarlah kali ini dia rendahkan egonya untuk kebahagian bersama.
“ Tuan cakap apa ni? Saya tak
paham?” Shark memandang Amar tepat ke dalam anak matanya. Mencari kebenaran
kata-kata Tuan Amar di situ.
“ Aku perangkap kau untuk kahwin
aku, supaya aku dapat berikan papa menantu tapi dalam waktu yang sama aku tak
perlu beri apa-apa komitmen atas perkahwinan ni. Dengan sikap berlagak tomboy
kau, kasar, samseng, aku rasa bebas dan selesa macam ni. Rancangan aku berjalan
lancar sehinggalah aku temui cinta dalam diri kau. Aku betul-betul jatuh cinta
dengan kau. Tapi aku tak pasti perasaan kau pada aku. Jadi aku layan kau macam
biasa, kawan dengan kau, buli kau, susahkan hidup kau, aku mintak maaf!” Amar
menghampiri Shark yang sudah agak lama berdiam diri.
“ Kau sayang aku?” Amar memegang
dagu Shark yang menunduk.
Shark terkesima. Apa perlu dia
jawab? Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang dia dah terperangkap dalam
rancangan Tuan Amar. Tiada lagi jalan untuk keluar. Dia redha. Kepalanya
diangguk lambat. Baik guna kepala, lagi senang tak perlu bazir air liur.
“ Kau nak sehidup dengan aku?” Amar
menduga. Shark hanya menganggukkan kepalanya.
“ Kau nak semati dengan aku?” Amar
menduga lagi.
Mulanya Shark mengangguk tanpa
menunggu lama, apabila tersedar dia menggeleng laju.
“ Tuan mati lah sorang-sorang, saya
takut mati, amal kurang.” Jawab Shark tanpa berselindung. Amar ketawa geli hati
dengan jawapan jujur Shark.
“ Janji, jangan tinggal aku?”
“ Insyak Allah!’ Jawab Shark tenang
“ Okey, kita dah boleh kahwin!”
Amar berkata ceria. Tak susah rupanya memujuk tomboy ni.
“ Kahwin? Tapi tuan, kita kan dah kahwin?” Shark
menyoal pelik. Mabuk ke laki aku ni?
“ Nope, nikah dah, kahwin belum!”
Amar memandang Shark nakal.
“ Errr…I’m you driver, Tuan!” Ayat
melepaskan diri. Hati Shark gementar tak tentu arah.
“ Yah, my wife is a driver!” Amar
mengenyitkan matanya sebelum menolak tubuh Shark ke atas katil. Shark tersenyum.
Nakal sungguh Tuan aku ni, tau!
~ Tamat Sudah~
p/s: Kowang Sukew tak ending aku buat mcm ni????hehe
Related link: